Monday 17 June 2013

Pengenalan Sinar Assyifa Trading

        Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. 

       Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam.Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.

       Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.

        Alhamdulillah kebelakangan ini sudah ramai pembekam dapat dilahirkan melalaui kursus-kursus yang ditawarkan melalui persatuan-persatuan perubatan tertentu di Malaysia seperti Herba Penawar Al-Wahida (HPA), Homopati, Akrine, Persatuan Pembekam Malaysia (PERHIJAM) dan sebagainya.Namun begitu, Negara kita masih ketandusan pembekal alatan bekam terutama golongan bumiputra dan kebanyakan golongan tersebut terpaksa mendapatkan bekalan alatan daripada golongan bukan bumiputra khusus nya kaum Cina.


Ringkasan Eksekutif

Sinar As-Syifa Trading adalah syarikat baru yang ditubuhkan untuk kesihatan dan kecergasan mengikut garis panduan Islam berdasarkan Al-Quran and Sunnah. Ia merupakan pembekal peralatan kesihatan untuk syarikat dan organisasi bagi perawatan bekam (al-Hijamah) dengan pelbagai pilihan dan kualiti.Syarikat ini juga menyediakan pelbagai jenis rawatan seperti bekam, refleksiologi, kiropraktik dan resdung. Sasaran kami adalah semua generasi daripada kanak-kanak hingga dewasa dan fokus utama kami membekalkan alatan bekam kepada pihak-pihak yang menganjurkan kursus bekam.

       Selain daripada itu, kami juga membekalkan makanan sunnah lain yang sesuai dengan semua yang bertepatan dengan gaya hidup Rasulullah seperti Habbatus Sauda’, Madu As-Syifa dan minyak zaitun. Kami menjual produk-produk kami dengan harga yang berpatutan  dan bersesuaian dengan harga pasaran semasa.


         Oleh itu, syarikat ini ditubuhkan bagi membekal peralatan bekam begitu juga menyediakan rawatan bagi para pesakit melalui kaedah bimbingan Islam. Dan sebagai saudara Islam, kami berharap mendapat sokongan dan meluaskan ke dunia dengan semangat persaudaraan. Kami ingain memperkenalkan peralatan bekam (Al-Hijamah) yang berkualiti tinggi bagi rawatan terbaik dan selamat pada penerangan berikutnya, semoga anda menelitinya dan moga Allah menunjukkan jalan dengan Taufik-Nya, insya-Allah.